Khamis, 8 Disember 2011

Pendahuluan

Assalamualaikum.

Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, ahlul bait, sahabat, auliya', ulama', umara' dan sekalian muslimin dan muslimat. 

Alhamdulillah dirafakkan setinggi-tingginya ke hadrat Ilahi, dengan izin dan gerak-Nya penulis berhasil menerbitkan blog ini, hasil cetusan pada 1 Muharam yang lepas. Besar harapan penulis sekiranya blog ini dapat memberi manfaat bersama, sebagai travelog catatan penulis dalam perjalanan dan ziarah selain ilmu-ilmu berkaitan yang akan dikongsi bersama.

Sesuai dengan tema blog ini, penulis lebih selesa menggunakan templat sebegini yang ringkas dan menggambarkan betapa manusia boleh memegang dunia jika dunia ini dijadikan tempat persinggahan untuk menuju-Nya yang kekal abadi. Berjalan, melihat dan mentafsir. Bertebaranlah ke seluruh muka bumi, pandanglah ciptaan-Nya yang indah, dan ambillah pengajaran, sebagai peringatan manusia bersama.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini: Yang bermaksud: 

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. 

Baginda SAW bersabda: 

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Leia Mais…